Requo
Pusat Bantuan

Persediaan pertama

Isi butiran syarikat, logo dan akaun bank supaya dokumen anda kelihatan rasmi.

1. Isi butiran syarikat

Selepas mendaftar, wizard tiga langkah meminta butiran syarikat, logo dan akaun bank. Anda boleh melangkaunya dan kembali bila-bila masa melalui Tetapan. Nama, nombor pendaftaran, alamat dan telefon yang anda isi akan muncul pada setiap PDF dan pada portal pelanggan — isi sekali, betul-betul.

2. Akaun bank dan DuitNow QR

Dalam Tetapan › Bayaran, isi nama bank, nombor akaun dan nama pemegang akaun, serta muat naik tangkap layar kod DuitNow QR anda jika ada. Butiran inilah yang dilihat pelanggan di portal invois. Bayaran masuk terus ke akaun anda; Requo tidak memegang wang invois anda.

3. Nombor siri dan nilai lalai

Dalam Tetapan › Dokumen anda boleh menukar prefix nombor siri (QT, SO, INV, PAY, EXP), tempoh sah sebut harga, tempoh bayaran invois dan kadar cukai lalai. Nombor siri bermula semula setiap tahun dan tidak pernah diguna semula — walaupun dokumen dipadam atau dibatalkan.

4. Jemput pengguna

Tetapan › Pengguna. Peranan Pemilik nampak semuanya termasuk untung, perbelanjaan dan langganan. Peranan Staf boleh menguruskan dokumen, pelanggan, produk dan bayaran, tetapi tidak nampak laporan untung, perbelanjaan atau bil. Bilangan pengguna bergantung pada pelan anda.

Masih tersekat? Emel hello@requo.net dan sertakan nombor dokumen yang berkaitan.