Stok dan kos
Stok pembukaan, rezab, bila stok ditolak, dan dari mana untung dikira.
Produk berstok dan servis
Produk yang anda tandakan sebagai menjejak stok mempunyai baki, kos dan pergerakan. Servis tidak. Anda boleh menjual kedua-duanya pada dokumen yang sama.
Stok pembukaan dan pelarasan
Masukkan stok pembukaan bersama kos seunit semasa mencipta produk. Selepas itu, gunakan Laras untuk tambah atau tolak dengan sebab (belian, kerosakan, kiraan fizikal). Setiap pergerakan disimpan — anda boleh melihat kenapa baki berubah.
Bila stok ditolak
Sales Order merezab stok; ia belum ditolak. Stok ditolak sebenar apabila invois bertukar dari draf ke dihantar. Baki tersedia yang dipaparkan = stok di tangan tolak yang direzab.
Menjual melebihi stok
Secara lalai ini dibenarkan dengan amaran, kerana perniagaan sebenar kerap menjual dahulu dan mengambil stok kemudian. Hidupkan Halang stok negatif dalam Tetapan › Dokumen jika anda mahu sistem menghalang invois itu dihantar.
Kos dan untung
Kos dikira secara purata wajaran. Semasa invois dihantar, kos seunit pada masa itu di-snapshot ke baris invois — jadi untung pada laporan lama tidak berubah bila harga belian anda berubah kemudian. Itulah asas Kos Barang Dijual dalam Untung & Rugi.
Masih tersekat? Emel hello@requo.net dan sertakan nombor dokumen yang berkaitan.